Wednesday, November 10, 2010

NOTA TINGKATAN 1

BAB 1 : SEJARAH DAN KITA

1. Pengertian sejarah
2. Ciri-ciri Sejarah
3. Sumber Sejarah
4. Kaedah Pengkajian Sejarah
5. Pentafsiran sejarah
6. Kepentingan sejarah
7. Soalan dan latihan

 PENGERTIAN SEJARAH
1.Perkataan Arab
     Syajaratun bermaksud pokok@pohon,salasilah,riwayat, keturunan
  serta asal usul.

3.Herodotus
  Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab sebab mereka
  melakukannya.

2.Ibnu Khaldum
  Membicarakan tentang Masyarakat manusia tentang perubahan
  perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
4.Muhd Yusof Ibrahim
  Sejarah merupakan catatan atau rekod  mengenai sesuatu
  peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.


Masyarakat Melayu Tradisional


CIRI-CIRI SEJARAH

1. Fakta Sejarah 
   Peristiwa, tempat,tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan  
   kebenarannya disebut sebagai fakta sejarah.cth Hari
   pengisytiharan merdeka

2.Penting dan Bermakna
  Seperti peristiwa kemerdekaan negara. Peristiwa ini penting
  dan memberi kesan kepada pelajar,ahli keluarga, masyarakat dan 
  negara
 
3.Sebab dan Akibat

i. Sejarah adalah bidang yang bertujuan   mencari kebenaran  
   tentang sesuatu  peristiwa yang lalu.

ii.Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu  peristiwa pengkaji 
   perlu mengetahui apa,siapa,bila, dimana dan mengapa serta 
   bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku.
   cth: kewujudan masyarakat berbilang kaum
   di negara kita.
SUMBER PERTAMA
@ sumber primer ialah bahan dalam bentuk kertas,fosil,artifak dan
keterangan lisan.
Sumber ini belum diolah dan dicetak. Bersifat asli dan belum ditafsir.
Contoh sumber pertama ialah fail rasmi Jabatan,surat peribadi,diari,manuskrif Yang belum dicetak dan batu bersurat.


Contoh Sumber Pertama.
Batu bersurat mengenai kedatangan agama Islam
Yang bertarikh 1303 T.M ditemui di Kuala Berang
 Hulu, Terengganu.
 
SUMBER KEDUA
@ sumber sekunder terdiri daripada Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Bahan tersebut ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah.
Merupakan bahan yang sudah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Cth: buku,majalah,jurnal,ensiklopedia,
akhbar,risalah dan laporan tahunan.

Contoh Sumber Kedua.
Jurnal Arkeologi Malaysia 
KAEDAH BERTULIS
Ialah kaedah mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis,dilakar atau dipahat pada batu,dinding gua,kulit kayu, logam,gading dan kertas.
Sumber2 ini membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan   dan adat resam.
 
KAEDAH ARKEOLOGI
Ialah cara mendptkan maklumat berdasarkan kajian sainstifik.
Terdapat berbagai cabang dlm bidang ini termasuklah angkasa lepas, Maritim, cari gali.
Ahli arkeologi mendapatkan maklumat dengan kaedah cari gali daripada bahan tinggalan Sejarah.
Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil,binaan daripada batu,peralatan logam,tembikar dan
kulit siput dapat disahkan melalui kajian sainstifik seperti radiokarbon
  
 
 
 Artifak yang dijumpai semasa kaedah Arkeologi digunakan


PENTAFSIRAN SEJARAH
Usaha untuk membuat tafsiran sejarah yang  betul dan tepat memerlukan seorang sejarawan Melakukan penyelidikan.
Tafsiran  sejarah antara seorang sejarawan dengan sejarawan yang lain mungkin berbeza Disebabkan pandangan yang berlainan.
Cth: sejarawan barat menyatakan bahawa tok janggut sebagai pengkianat tetapi sebaliknya sejarawan tempatan Menyatakan bahawa beliau adalah seorang wira.
Bunga emas yang dihantar oleh Kedah kepada Siam

No comments:

Post a Comment