BAB 4
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
DI MAKKAH
Pengenalan:
Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus. Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang – Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama – anugerah Allah kepada manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.
Masyarakat Arab Jahiliyah
Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala – bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahun.
Masyarakat Jahilioyah – masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari 300sm hingga 610sm.
Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk membaikinya.
Kerajaan sabak : 2 peringkat – 950 – 650 sm, 650 – 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.
Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya.
Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan rasul serta kitab suci..
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.
1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman. Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai.
2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.
a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.
b. Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.
c. Menanam bayi perempuan – percaya ia pembawa sial kepada keluarga.
d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita sekali gus, begitu juga wanita.
e. Aktiviti p[erniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.
f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah – sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau berpindah.
g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
h. 4 bentu kepercayaan.
i. Agama wathani – menyembah berhala.
ii. Animisme – memuja alam
iii. Samawi – Kristian dan Yahudi
iv. Kepercayaan – menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung.
i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif – Agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara pengikutnya ialah Waraqah bin Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.
j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan tinggal dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya – taasub kepada kabilah masing-masing.
i. Diketuai oleh Sheikh – lambang perpaduan kabilah.
1. Syarat Pelantikan sheikh – Mesti disukai ahli kabilah
2. Dilantik atas persetujuan ramai
3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
ii. Amalan datangkan kesan.
1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. –
a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.
2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.
3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basua selama 40 tahun – antara Bani Tagrib dan bani bakar. Sebab berlaku:
a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib
Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul
Keperibadian Nabi Muhamad saw
1. siddiq ( Berkata Benar)
2. amanah ( dipercayai )
3. Tabliq ( menyampaikan )
4. fatanah ( bijaksana )
1. Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya
a. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar Aswad..
c. Menjadi pemimpin unggul.
2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.
Kerasulan Nabi Muhamad saw.
1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca. Mula tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.
2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :
a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b. Bacaan menggalakkan kajian.
c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin membaca.
d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4. Cara pertama yang dilakukan ialah
a. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.
Penyebaran Islam di Makkah
1. Cara dakwah beperingkat.
a. Secara rahsia
i. Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum kerabay baginda.
ii. Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib ( 10 Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat Nabi, Abu bakar Assiddiq dan beberapa tokoh Qiraisyh spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al- Arqam bin Abu Arqam.
iii. Al- Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang pertama di Makkah
iv. Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti ketinggian akhlak Nabi, kejujuran para sahabat.
b. Terbuka - apbila mendapat perintah daripada Allah swt.
i. Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib. Penentang kuat Abu Lahab , bapa saudara Nabi.
ii. Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al- Hijr ayat 94. kepada bani Abdul Muttalib, Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.
iii. Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.- menghina Nabi saw.
Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. Bila ramai memeluk Islam mula proses penentangan terhadap Islam. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur:
Penerimaan Terhadap Islam
1. Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan melemahkan penganutnya.
2. Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga , para sahabat yang terdekat dan golongan hamba. Sebab layanan yang sama antara sesama manusia.
3. Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana
a. Layanan yang saksama
b. Kemurnian ajarannya.
c. Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah
d. Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal.
e. Pendekatan yang baik seperti:
i. Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak Islam.
ii. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan yang dikemukakan
iii. Penerangan dan teladan yang baik.
f. Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran dan pengorbanan
g. Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.
h. Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani
Penentangan Terhadap Islam
1. Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Antaranya
a. Dicemuh.
b. Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada tengkuk baginda Nabi saw.
c. Cubaan membunuh Nabi.
d. Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.
e. Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.
f. Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.
g. Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan digantungkan di kaabah. Berjalan selama 3 tahun. Tidak begitu berjaya sebab:
i. Bantuan daripada Abu Talib.
ii. Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.
iii. Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Khadijah serahkan semua hartanya untuk Islam. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.
h. Bentuk pemulauan orang Quraish:
i. Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
ii. Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
iii. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.
2. Sebab penentangan:
a. Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah – berhala.
b. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.
c. Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah.
d. Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta orang, dan menindas.
e. Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi. Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua.
f. Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai / Hashim.
g. Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala.
Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.
1. Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan Khadijah. Maka Nabi mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah
a. Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
b. Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.
c. Hijrah ke Madinah pada 622M