Monday, October 24, 2011

BAB 4


BAB  4

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
DI MAKKAH



Pengenalan:

Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus. Berbeza dengan Tamadun  Islam . wujud  di yempat terpencil  di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang – Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama – anugerah Allah kepada manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.

Masyarakat Arab Jahiliyah


Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala – bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahun.
Masyarakat Jahilioyah – masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari 300sm hingga 610sm.
Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk membaikinya.
Kerajaan sabak : 2 peringkat – 950 – 650 sm, 650 – 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.
Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya.
Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir  Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan rasul serta kitab suci..



Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.

1.     Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman. Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai.
2.     Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.
a.      Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.
b.     Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.
c.     Menanam bayi perempuan – percaya ia pembawa sial kepada keluarga.
d.     Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita sekali gus, begitu juga wanita.
e.      Aktiviti p[erniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.
f.       Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah – sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau berpindah.
g.     Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
h.     4 bentu kepercayaan.
                                                  i.      Agama wathani – menyembah berhala.
                                                ii.      Animisme – memuja alam
                                              iii.      Samawi – Kristian dan Yahudi
                                             iv.      Kepercayaan – menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung.
i.        Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif – Agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara pengikutnya ialah Waraqah bin Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.
j.        Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan tinggal dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya – taasub kepada kabilah masing-masing.
                                                  i.      Diketuai oleh Sheikh – lambang perpaduan kabilah.
1.     Syarat Pelantikan sheikh – Mesti disukai ahli kabilah
2.     Dilantik atas persetujuan ramai
3.     Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
                                                ii.      Amalan datangkan kesan.
1.     Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. –
a.      Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
b.     Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.
2.     Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.
3.     Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basua selama 40 tahun – antara Bani Tagrib dan bani bakar. Sebab berlaku:
a.      Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib




Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul


Keperibadian Nabi Muhamad saw

1.     siddiq ( Berkata Benar)
2.     amanah ( dipercayai )
3.     Tabliq ( menyampaikan )
4.     fatanah ( bijaksana )

1.     Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya
a.      Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
b.     Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar Aswad..
c.     Menjadi pemimpin unggul.
2.     Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
3.     Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
4.     Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat sebelah  tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
5.     Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri  untuk beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6.     6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.



Kerasulan Nabi Muhamad saw.


1.     Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca.  Mula tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.
2.     Kepentingan pembacaan dari aspek  Ilmu :
a.      Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b.     Bacaan menggalakkan kajian.
c.     Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin membaca.
d.     Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3.     Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4.     Cara pertama yang dilakukan ialah
a.      membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b.     Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.



Penyebaran Islam di Makkah


1.     Cara dakwah beperingkat.
a.      Secara rahsia
                                                              i.      Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum kerabay baginda.
                                                            ii.      Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib ( 10 Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat Nabi, Abu bakar Assiddiq dan beberapa tokoh Qiraisyh spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al- Arqam bin Abu Arqam.
                                                          iii.      Al- Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang pertama di Makkah
                                                         iv.      Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti ketinggian akhlak Nabi, kejujuran para sahabat.
b.     Terbuka - apbila mendapat perintah daripada Allah swt.
                                                              i.      Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib. Penentang kuat Abu Lahab , bapa saudara Nabi.
                                                            ii.      Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al- Hijr ayat 94. kepada bani Abdul Muttalib, Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.
                                                          iii.      Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.- menghina Nabi saw.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam


Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. Bila ramai memeluk Islam mula proses penentangan terhadap Islam. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur:

Penerimaan Terhadap Islam


1.     Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan melemahkan penganutnya.
2.     Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga  , para sahabat yang terdekat dan golongan hamba. Sebab layanan yang sama antara sesama manusia.
3.     Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana
a.      Layanan yang saksama
b.     Kemurnian ajarannya.
c.     Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah
d.     Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal.
e.      Pendekatan yang baik seperti:
                                                              i.      Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak Islam.
                                                            ii.      Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan yang dikemukakan
                                                          iii.      Penerangan dan teladan yang baik.
f.       Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran dan pengorbanan
g.     Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.
h.     Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani

Penentangan  Terhadap Islam


1.     Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Antaranya
a.      Dicemuh.
b.     Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada  tengkuk baginda Nabi saw.
c.     Cubaan membunuh Nabi.
d.     Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.
e.      Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.
f.       Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.
g.     Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan digantungkan di kaabah. Berjalan selama 3 tahun. Tidak begitu berjaya sebab:
                                                  i.      Bantuan daripada Abu Talib.
                                                ii.      Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.
                                              iii.      Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Khadijah serahkan semua hartanya untuk Islam. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.
h.     Bentuk pemulauan orang Quraish:
                                                  i.      Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
                                                ii.      Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
                                              iii.      Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.
2.     Sebab penentangan:
a.      Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah – berhala.
b.     Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.
c.     Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah.
d.     Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta orang, dan menindas.
e.      Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi. Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua.
f.       Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai / Hashim.
g.     Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala.
  

Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.


1.     Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan Khadijah. Maka Nabi mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah
a.      Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
b.     Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.
c.     Hijrah ke Madinah pada 622M

BAB 3


BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengenalan


·        Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya  kerajaan awal di Tanah Besar spt:Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
·        Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
·        Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.
·        Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.
·        Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
·        Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.
·        Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
·        Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.
·        Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M.
·        Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan.



Bentuk Kerajaan Awal


Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.

·        Kerajaan Agraria

1.     Kerajaan berasaskan  ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
2.     Selain itu dapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
3.     Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim
4.     Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.
5.     Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.
6.     Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.
7.     Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
8.     Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja da kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.
9.     Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.



·        Kerajaan Maritim

1.     Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan.Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi,Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.
2.     Kearajaan utama : Langkasuka  ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu  ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an         ( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.
3.     Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal spt  Klang dan Kuala Selingsing          ( Perak ). – Disinggahi – dapatkan barang spt. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.
4.     Maju – jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. – Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.
5.     Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan persekitarannya.
6.     Emas banyak – T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani.
7.     Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.

·        Kerajaan Maritim Srivijaya

1.     Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg  besar.- Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
2.     Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.
3.     Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. – Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. – Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
4.     Anutan agama Hindu.
5.     Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara
                                                              i.      Ada bala trentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka.
                                                            ii.      Kedudukan pelabuhan yang strategik  dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara Cina dan India.
                                                          iii.      Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya.
                                                         iv.      Keupayaan membina kala besar.

·        Kerajaan Maritim Kedah Tua

1.     Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot. Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.
2.     Panduan ke pelabuhan – Gunug Jerai.
3.     Kedudukan strtegik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan Timur dan Barat.
4.     Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.

·        Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria


1.     Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.
2.     Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu kerajaan agraria.
3.     Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
4.     Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik.

·        Ciri-Ciri Kerajaan Maritim
1.     Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan
2.     Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan
3.     Pelabuhan entrepot
4.     Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar, orang laut.
5.     Wujud bahasa lingua franca
6.     Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan kuat.
7.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
8.     Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.

·        Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim
1.     Pelabuhan Pembekal – bekalkan barangan tempatan  kepada pedagang kemudian pelabuhan kerajaan  apabila  menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot – membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa.
2.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal



Pengaruh Hindu Buddha


Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme . Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .
Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan.
Bukti kemasukan pengaruh India:
Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur, Candi di Angkor.
Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga dilihat melalui  data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu  yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit

Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.

1.     Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –
2.     Pedagang atau vaisya.
3.     Golongan Brahmin atau pendeta.
4.     Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. – Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
§        Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
§        Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
§        Amalan  kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
§        Sistem beraja
§        Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. – untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan perdagangan emas dengan India.

Pengaruh Hindu dan Buddha – Sistem Pemerintahan